May 21, 2009

nenek milah (ii)

Jumaat lepas, nenek diserang demam panas. Jadi, nenek dibawa ke rumah saya. Begitu saya teruja melihat Acik mendukung nenek masuk ke kereta kami.

Alunan bacaan Yaasin, saya kuatkan semasa dalam perjalanan.

--------

Sebelum tu, nenek masih boleh bercakap, makan sendiri. Tak lama itu..nenek diam, tak bermaya.

Nenek tak mampu lagi bersuara. Mungkin akibat panas badan yang dialami, memberi kesan di tekaknya. Namun, kami bersyukur kerana nenek masih mendengar jelas dan dapat menggerakkan anggota badannya.

--------

Nenek dimasukkan ke hospital Melaka untuk pantauan rapi.

Kami gilir-gilir menjaga nenek di hospital. Nampak uzur benar. Tinggal kulit dan tulang.

Di hospital, bagai ada pekelahan. Ramai yang bawa tikar, duduk berkumpul di ruang legar hospital.

Kami pun. Makcik-makcik bawa bekal makan segala dari rumah. Kat Pak Lang "orang tak sakit yang makan" ;)

Err..saya pun ada menyumbang. Saya bawakan bahan bacaan (hehe). Sementara menjaga nenek, kami sama-sama membaca majalah, akhbar dan buku.

---------

Bila nenek sakit, rupanya Allah nak satukan kami semua semula. Kini, kami kerap sangat berjumpa dan bertanya khabar.

Sepupu yang jarang dilihat dah menujuk muka. Erm, kacak-kacak juga sepupu lelaki saya, dan yang perempuan dah membina kerjaya yang baik-baik.

Salah seorangnya yang saya panggil Farah. Sepupu saya ni bertugas sebagai jururawat. Jadi, banyak perkara untuk jagaan pesakit kami rujuk padanya.

---------

Di samping nenek, kami cucu-cucunya mengalunkan zikir dan kalimah furqan.

Sebak melihat nenek terlantar begitu. Kadangkala, kami bergurau dengan nenek. Dalam masa berjam lamanya, ada juga terlihat senyum nenek.

Senyuman yang amat manis, dan jarang nak dilihat kini.

Sakinah sempat cakap begini:

"Kak Long, kalau kita dah tua nanti, macam nilah kan?"

"Iya, Ngah. Kita pun tak tahu bagaimana nasib kita kelak. Yang penting, kita berikan pertolongan pada orang yang perlu. Dulu nenek jaga kita. Kini nenek bagai sudah kembali menjadi bayi. Perlukan perhatian rapi. Ini tanggungjawab kita lah pula.

---------

Nenek, moga nenek akan mendengar tiap kalimah yang Along bacakan di telinga nenek. Semoga.

Erm, rindu roti canai nenek. Rindu gelak tawa nenek. Rindu segalanya. Nenek di depan mata, kini tak mampu buat apa-apa..

No comments: